Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pengajaran abad ke-21?
ATAU
Adakah anda berminat untuk mengintegrasikan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?
Sertai sesi bengkel kami yang diadakan di bulan Julai ini untuk meneroka modul modul Frog di sekolah Hub yang terpilih! (sila rujuk jadual di atas untuk senarai Hub)
Modul modul ini direka khas untuk membantu anda untuk meningkatkan kepelbagaian dalam gaya pengajaran dengan menggunakan Frog VLE dan teknologi di dalam kelas.
Jika anda tidak pasti tentang pilihan modul yang sesuai untuk anda, sila rujuk penerangan di bawah untuk maklumat yang lebih lanjut :
Modul modul Frog :
PIE : Membimbing peserta menarik perhatian dan meningkatkan penglibatan pelajar secara interaktif dalam P&P.
CHEnDOL : Memupuk HOTS dengan menggunakan bahan P&P atas talian sebagai perangsang pemikiran dan menggalakkan pembelajaran kolaboratif.
TEH AIs : Perkongsian mengenai cara memanfaatkan penggunaan teknologi untuk P&P melalui penggunaan Frog yang berfokus kepada aspek interaksi dan penilaian.
CHEF : Membantu pentadbir Frog dalam pengurusan Pengguna & Kumpulan di sekolah serta menambah baik kitaran transformasi perlaksanaan Frog VLE.
Kami juga menyediakan sesi “Meet, Share & Learn” untuk membolehkan guru guru berkongsi amalan terbaik tentang bagaimana menggunakan Frog VLE dalam kelas dan pendapat pelajar tentang penggunaan Frog VLE.
Selain itu, anda juga berpeluang membina komuniti pembelajaran professional bersama guru guru yang lain dengan penyertaan anda di dalam sesi-sesi bengkel itu.
Daftar SEKARANG di frogasia.com/hubs!
No comments:
Post a Comment