Monday 8 September 2014

Program "1 Murid 1 Chromebook" menjadi berita hangat!



SJK (C) Keng Chee, sebuah sekolah kecil di Pulau Ketam, kini menarik perhatian ramai! Program 1 Murid 1 Chromebook yang dilancarkan pada 14 September 2014 yang lalu dengan sokongan FrogAsia, YTL Foundation dan YTL Communications telah menarik perhatian pelbagai institusi media yang utama! 

Bacalah hasil penulisan media di bawah: 

 Harian Metro
“...Memahami pelajar pada zaman sekarang mungkin sukar tetapi dengan teknologi ia mampu menjadi kenyataan. Misalnya, aplikasi seperti Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) digabung dengan stor aplikasi Google untuk tujuan pendidikan memudahkan pendidik berhubung dengan setiap pelajar dalam kelas mereka.” 

Ketahui lebih... 

Utusan Malaysia 
 “Pelancaran Chrome Lab iaitu makmal digital 2.0 yang pertama di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) Choong Wen dekat Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur sejak setahun lalu kini menampakkan hasil dan manfaat kepada warga sekolah tersebut. Penolong Guru Besar sekolah itu, Lee Man Jiau berkata sebanyak 54 unit Chromebook yang dilengkapi teknologi capaian Internet Yes 4G digunakan guru dan murid untuk berinteraksi mengenai jadual, kerja sekolah, menyemak kedatangan dan sebagainya yang di luar jangkauan bilik darjah… ” 

Ketahui lebih... 

 The Skop 
 “...Tan yang mengajar Bahasa Mandarin dan Matematik adalah antara 95 guru yang berpeluang menyaksikan kebaikan yang dibawakan oleh penggunaan Internet. Semuanya bermula pada bulan April tahun lalu apabila SJK(C) Choong Wen melancarkan makmal Chrome pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan 130 buah Chromebook. Setahun kemudian, Internet telah menjadi sebahagian penting dalam perkongsian pengetahuan di sekolah itu.” 

Ketahui lebih... 

Adalah amat menggalakkan bagi kami di FrogAsia apabila melihat usaha SJK (C) Keng Chee mendapat perhatian dan pujian pihak media. Ini adalah satu langkah ke hadapan untuk masa depan teknologi dalam pendidikan dan kami berharap kejayaan ini juga akan mendorong sekolah-sekolah lain untuk lebih giat berusaha bagi mempertingkatkan lagi capaian pendidikan teknologi di kalangan para pelajar mereka! 

Ingin ketahui lebih tentang Program 1 Murid 1 Chromebook? Klik di sini!


No comments:

Post a Comment