Friday 26 April 2013

YES DAN EDUSPEC MELANCARKAN CHROME LAB PERTAMA MALAYSIA DI SRJKC CHOONG WEN

Chrome Lab dilengkapi penuh dengan Chromebook Yes 4G. Ini membolehkan pendidikan berasakan internet untuk semua pelajar, pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Kuala Lumpur – 25 April 2013 - Chrome Lab yang pertama di Malaysia telah dilancarkan hari ini oleh Yes, pembekal internet mudahalih 4G terpantas dengan suara di Malaysia, bersama dengan pembekal bahan pemahaman IT K-12 EduSpec dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Lembaga Pengurus Sekolah (LPS) SRJKC Choong Wen. Chrome Lab ini telah dibina oleh PIBG dan LPS Choong Wen bersama dengan EduSpec, dan dilengkapi penuh dengan unit Chromebook Yes 4G yang didermakan oleh YTL Communications (YTL Comms). Chrome Lab ini juga menggunakan Internet mudahalih Yes 4G.

Chrome Lab ini dirasmikan bersama oleh Tan Sri Dato' Seri Dr Yeoh, Timbalan Menteri Pendidikan YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Ketua Pegawai Eksekutif EduSpec En. Lim Een Hong dan Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Choong Wen En. Ong Kian Sim.

Chrome Lab ini akan memberi pelajar dan guru akses kepada dunia informasi yang luas, sekaligus membolehkan pembelajaran dan kerjasama yang dapat menjangkaui bilik darjah. Projek perintis ini selari dengan komitmen YTL untuk mentransformasikan pendidikan dan membolehkan pelajar menjangkaui sempadan pendidikan dengan Internet berkelajuan tinggi 4G dan penggunaan peranti pengkomputeran awan.

“Kami di YTL komited kepada transformasi pendidikan di Malaysia dengan memberi akses kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk memperoleh apa sahaja yang terbaik di dunia. Dengan adanya internet, terdapat juga
pelbagai peluang untuk belajar melalui sumber-sumber maklumat yang sedia ada. Kami harus memastikan yang pelajar kami tidak ketinggalan, malah dapat menggunakan sumber-sumber ini untuk belajar dengan lebih baik dan tekun. Hari ini, Choong Wen menyertai sekumpulan sekolah di serata dunia yang menggunakan Chromebook. Pelajar-pelajar Choong Wen akan menjadi antara yang pertama di Malaysia untuk mengalami pendidikan maya dengan kelajuan internet 4G," kata Pengarah Eksekutif YTL Group Tan Sri Dato' Seri Dr. Yeoh Tiong Lay.

Chrome Lab ini merupakan peristiwa penting dalam transformasi pendidikan Choong Wen. Dengan adanya Chrome Lab, pelajar Choong Wen ialah antara pelajar yang pertama di Malaysia yang akan menggunakan Chromebook Yes 4G, yang dioptimakan untuk pengunaan dengan internet mudahalih Yes 4G dan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE, yang akan dilaksanakan di sekolah kerajaan seluruh Malaysia.

Timbalan Menteri Pendidikan YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata bahawa Chrome Lab ialah contoh penting pelaksanaan pembelajaran bertaraf dunia di sekolah untuk memupuk bakat anak muda Malaysia supaya sedia industri.

“Saya harus memberi pujian kepada YTL Comms, EduSpec dan Sekolah Choong Wen kerana dapat merealisasikan bersama visi mereka untuk mentransformasi pendidikan dengan peralatan dan teknologi terkini. Sangat bagus melihat usaha mereka yang berjalan selari dengan visi kerajaan, terutamanya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, ” kata Wee. “Memperkenalkan pelajar negara ini kepada dunia ICT merupakan langkah yang sangat patut diambil untuk memodenkan sistem pendidikan Malaysia. Kami mahukan sekolah-sekolah lain mengikuti jejak langkah Choong Wen.”

Setiap Chromebook Yes 4G dalam Chrome Lab mempunyai cip 4G terbina dalam untuk membolehkan penyambungan terus ke internet mudahalih 4G yang terpantas, dan menggunakan sistem pengoperasian Chrome, yang menawarkan lapisan keselamatan berganda, penyimpanan awan dan Google Apps for Education. Chromebook juga sesuai untuk pendidikan kerana mudah diselenggara dan sentiasa mengemaskini sendiri, atau 'selfupdate'. Ini merupakan solusi kos efektif bagi mana-mana sekolah untuk menggabungkan pembelajaran berasaskan awan.

Lim dari EduSpec berkata: “Chrome Lab ialah persekitaran yang sempurna untuk pelajar dan guru untuk berusahasama dan menggunakan bahan pembelajaran melalui Frog VLE dan juga dari serata dunia. Chrome
Lab ialah persekitaran kondusif yang kami harap akan mengilhamkan pelajar dan menjana usahasama kreatif serta perkongsian pemikiran antara pelajar.”

“Saya memuji ibubapa dan guru dari PIBG Choong Wen untuk sumbangan mereka dan kerana berpandangan jauh. Tanpa sokongan mereka, Chrome Lab ini mungkin hanya satu impian,” sambung Lim.
Chromebook Yes 4G akan dilancarkan secara komersil sebelum hujung tahun ini.

###
Media
YTL Communications Sdn Bhd
Komunikasi Korporat:
Celeste Koay
celeste.koay@ytlcomms.my

Commas & Industry
Agensi Perhubungan Awam:
Ooi Ying Nee
(+6012) 362-2810
ying@commasindustry.com

Liyana Dizzy
(+6012) 321-6654
liy@commasindustry.com

Mengenai Yes
Yes, sebuah jenama YTL Communications, menawarkan internet mudahalih 4G terpantas dengan suara. Pemenang 'Broadband InfoVision Awards 2011' dalam kategori 'Best New Service', dan 'Most Innovative Service Provider of the Year 2012' dari Frost & Sullivan, Yes merupakan perintis global 4G mudahalih serta syarikat telekomunikasi pertama untuk menawarkan internet mudahalih dan suara di dalam satu pelan. Yes menawarkan kadar terendah untuk servis mudahalih dan setakat ini merangkumi lebih dari 70% daripada semenanjung Malaysia. Dengan rangkaian 4G yang hebat dan servis mudahalih yang ditumpukan sepenuhnya, Yes ialah antara rangkaian wayarles yang tercanggih di dunia.

Tentang YTL Communications
YTL Communications Sdn Bhd merupakan subsidiari dan cabang komunikasi YTL Power International Berhad dan sebahagian daripada YTL Corporation Berhad Group. Syarikat ini menawarkan servis bertaraf dunia dengan harga berpatutan, yang menolong warga Malaysia hidup, belajar dan beriadah. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.yes.my atau www.ytlcomms.my untuk siaran akhbar ini dalam bentuk 'soft copy'.

Tentang EduSpec
EduSpec ialah pembekal bahan pemahaman IT untuk sekolah rendah dan menengah sejak 1984. Eduspec bekerja dalam bidang pengiktirafan global pendidikan ICT di sekolah untuk mengintegrasikan ICT ke dalam sistem pendidikan. Tujuan Eduspec adalah untuk memastikan pelajar sedia untuk menyertai tenaga kerja pada abad ke-21 ini. EduSpec juga mereka perisian IT dan pendidikan khas untuk pembelajaran inovatif di sekolah.

No comments:

Post a Comment